Isnin, 5 April 2010

GABUNGAN KOPERASI DENGAN BISNES E-DAGANG

Bisnes ni adalah gabungan diantara ANGKASA yang diwakili oleh Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia Berhad (KKPMB) dan Jiwa Realiti Sdn Berhad. ( Chairman - YM Tengku Datuk Seri Kamaruzzaman Ibni Al Marhum Sultan Sir Abu Bakar (adik bongsu Sultan Pahang) - nama glamor Tengku Intan ) Beliau merupakan putera kepada Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, Sultan yang pernah mentadbir negeri Pahang Darul Makmur. Adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Sultan Sir Abu Bakar yang mesra dengan panggilan Tengku Intan itu berkongsi cerita terbarunya dengan Kosmo!.
Katanya "Saya tahu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mudah hendak memulakan bisnes. Ini kerana bisnes memerlukan modal yang besar. Jadi, satu-satunya bisnes yang tidak memerlukan modal yang besar ialah MLM. "Lagi pun, saya teringat kepada kata-kata Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998 ketika negara dilanda kegawatan ekonomi. Antara bidang yang digalakkan Tun untuk diceburi oleh rakyat pada ketika itu adalah bidang MLM. Sehubungan itu, saya melihat bidang ini mempunyai satu tarikan yang tersendiri," ujar beliau.
JIWA REALITI SDN BHD- akan menjadi satu syarikat MLM bersih yang tidak berselindung di sebalik janji-janji palsu, sebaliknya berikrar untuk memberikan pendapatan yang selumayan mungkin kepada ahlinya melalui pelan pemasaran berperikemanusiaan. "Jiwa adalah inspirasi saya sendiri untuk bersama-sama, erat dan dekat dengan masyarakat. Di Jiwa, keutamaan kami adalah memberi khidmat terbaik kepada masyarakat melalui bisnes rangkaian, bukan wang semata-mata.

Kepada sesiapa sahaja yang berminat, hubungi saya: 019-9361819 (SARIFUDDIN)

7 COOP SHOOPPE PADA APR 2010

Assalamualaikum

Coop Shooppe yang telah dilancarkan akan membuka 7 cawangan terbarunya, iaitu di Sg. Petani, Kuala Terengganu, Temerloh, Manjung, Shah Alam, Alor Star, Pulau Pinang.

Rebutlah peluang menjadi ahli dan dapatkan kad setia (loyalty card) anda berbelanja, network anda berbelanja anda dapat bonus.

Beli beras - dapat duit..!!
Beli susu - dapat duit..!!
Beli minyak masak - dapat duit..!!

beli apa saja - dapat duit..!!


KUALA LUMPUR:
Satu kad setia (loyal card) akan dikeluarkan kepada hampir tujuh juta ahli koperasi seluruh negara mulai tahun depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, kad itu akan membolehkan ahli koperasi mendapat rebat setiap kali membuat transaksi perniagaan di premis milik mana-mana koperasi dan sekaligus menggalakkan ahli membeli barangan yang dikeluarkan koperasi.
"Kad itu kini dalam peringkat kemas kini oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa). Hanya satu kad akan dikeluarkan kepada seorang ahli walaupun dia (ahli) menyertai banyak koperasi," katanya kepada pemberita selepas merasmi dan melancarkan produk keluaran Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia Berhad (KKPMB) dan pembiayaan kereta nasional di sini hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, YB Dato’Ismail Sabri berkata, koperasi perlu sentiasa peka dengan perkembangan yang berlaku khususnya dalam sektor ekonomi dan pergerakan teknologi maklumat.
Beliau berkata, koperasi harus berubah dari perniagaan tradisi secara bersemuka antara pembeli dan peniaga kepada perniagaan secara elektronik iaitu menerusi e-dagang seperti yang dilaksanakan Koop Jiwa Shoppe, hasil kerjasama KKPMB dengan syarikat Jiwa Reality Sdn Bhd.
"Ini secara langsung membatalkan peranan orang tengah dan peniaga dapat menjual produk mereka dengan harga yang lebih murah," katanya.
Produk keluaran koperasi itu dijual secara dalam talian bagi mendapatkan pasaran yang lebih meluas.
Beliau berkata, usaha KKPMB itu merupakan titik permulaan untuk mewujudkan sebuah pasar raya besar milik koperasi sepenuhnya seperti yang wujud di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Pengerusi Jiwa Reality Sdn Bhd, Tengku Datuk Sri Kamarul zaman berkata, Koop Jiwa Shoppe pada masa kini memasarkan lebih 300 produk kecantikan, kesihatan dan makanan yang dikeluarkan oleh 25 buah koperasi yang bergabung di bawah KKPMB.
"Kami bercadang untuk menambah 200 lagi produk baru pada 2010 menjadikan jumlah keseluruhan 500," kata Kamarul.
Pada majlis itu juga satu perjanjian persefahaman ditandatangani antara Jiwa Reality Sdn Bhd, DRB Hicom dan Bank Mualamat bagi membolehkan ahli koperasi mendapat pembiayaan mudah tanpa pendahuluan dan kadar faedah serendah 3.6peratus apabila membeli kereta keluaran nasional. – BERNAMA

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1. ANGKASA - bertindak sebagai penggerak, pemudah cara, penggalak dan pendorong dan
koperator dalam menghasilkan dan menentukan produk yang berkualiti.

2. KKPMB – Bertanggungjawab membantu dan mengadakan pasaran dan logistik serta
menjadi penaung kepada program ini.

3. JIWA REALITI SDN BHD - Bertanggungjawab memasarkan produk-produk di dalam dan di
luar negara termasuk ke57 buah negara OIC dan membantu
koperasi-koperasi serta ahli-ahli yang bernaung di
bawahnya menambah pendapatan dengan platform serta skim
yang telah disediakan.

4. Biro Angkasa dan KKPMB
Di bawah Angkasa ada 3886 koperasi dan di bawah KKPMB ada
25 koperasi. Jumlah ahli koperasi adalah lebih kurang 7
juta orang.

5. Chairman - YM Tengku Datuk Seri Kamaruzzaman Ibni Al Marhum Sultan Sir Abu Bakar
(adik bongsu Sultan Pahang) - nama glamor Tengku Intan
6. Presiden - Datuk Eric Yap Yee Hoo
7. Executive Director - Y.M. Tengku Shamsul Bahari bin Y.A.M. Tengku Azman Shah
Alhaj
8. Alamat : Jiwa Realiti Sdn Bhd (840997-U), A-G-16, Merchant Square, Jalan
Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
9. Produk : Kesihatan dan kecantikan.


Sebelum ni ahli koperasi masuk koperasi antara tujuan utama nak buat pinjaman jer.. mungkin dah pencen pun masih bayar hutang tapi mereka tak boleh buat duit, hanya harap dividen.. tapi bila sistem keahlian wujud, dividen akan tinggi sebab mereka akan berbelanja dengan membeli barangan harian daripada Koperasi dan mereka juga bleh jana pendapatan melalui program bisnes ini. Untuk menjayakan program ini, peranan Angkasa amat penting untuk menyatukan koperasi-koperasi di Malaysia di mana ahlinya mencecah 7 juta orang dan 2000 barangan IKS. Sekarang ni Angkasa dah beli bangunan hampir setiap negeri seluruh Malaysia untuk dijadikan stokis ataupun pusat pembelian. Pusat jualan tersebut telah dinamakan "Jiwa Koop Shoppe".

Ahad, 4 April 2010

LAWAK PAGI-GAJAH GELENG (PART 2)

setelah kehilangan duit RM 1 juta kat budak belum mumayyiz tu,pemuda ni rasa x puas hati,nak disqualified x boleh sebab dia x nyatakan undang2 x boleh jentik telur,
dia pun mencari idea nak kumpul balik duit RM1 juta.pemuda tu g bandar lg kali ni dia menjerit :

"sesiapa yang dapat membuat gajah aku ni geleng kepala aku bg RM 1 juta,tapi kalau tidak berjaya akan didenda RM100!!!"

orang ramai yang dengar pun cuba nasib lagi kali ni,tapi semua x berjaya gak.dapat la lg pemuda ni kumpul RM1 juta,dalam tu panglima yg gagah tu pun x puas hati coz kalah ngan budak kecik,dia pun try lagi,di tariknya belalai gajah tu,x geleng gak,ditarik telinga gajah tu,x geleng gak, akhirnya dia give up.

budak belum mumayyiz yang dah kaya ni pun datang lg nak try,"kali ni nak gelengkan kepala gajah pulak,macam mana ko nak wat,ko jentik telur dia lg pun x guna,hahahahaha" kata pemuda tu kat budak kecik tu.

macam biasa,budak kecik ni pun pusing keliling gajah tu pastu g kat kepala gajah tu,tetiba je gajah tu geleng kepala macam gajah sewel.pemuda tu pun naik heran, " apa yang ko wat ngan gajah aku?" tanya pemuda tu lg

sekali lg dengan selamber budak tu jawab "aku tanya gajah tu nak kena jentik kat telur lagi ke x?"

LAWAK PAGI-GAJAH DUDUK (PART 1)

Seorang pemuda yang miskin tinggal bersama seekor gajah peninggalan bapanya, kehidupannya amat daif sehinggakan nak makan pun susah.pada satu hari pemuda ni mendapat idea lalu membawa gajahnya pergi ke bandar.tiba di bandar pemuda itu mula menjerit :

"sesiapa yang berjaya membuat gajah aku ni duduk aku akan bg hadiah RM1 juta,tapi kalau tidak berjaya akan didenda RM100!!!"

datang la orang ramai berpusu-pusu untuk mencuba nasib,dari yang kecik ke yg tua,yg kurus ke yang gemuk,yang lembik ke yang gagah tetapi semua x berjaya. pendapatan si pemuda ni semakin baik dari hari ke hari,dan dia berjaya mengumpul RM1 juta sehingga datang la seorang panglima yang perkasa cuba mendudukkan gajah tersebut, di hentaknya gajah tu,diterajang kakinya,ditarik supaya jatuh tetapi gajah tu tetap x nak duduk..

selepas panglima tu try datang plak sorang budak nak cuba duduk kan gajah tu. semua orang gelakkan budak ni, "panglima yg gagah ni pun x boleh nak dudukkan gajah ni,ko yang belum mumayyiz ni plak nak dudukkan gajah ni, apa lg g la try?"kata pemuda kepada budak tu.

budak tu pun pusing keliling macam cari sesuatu kat gajah tu,pastu tetiba je gajah tu duduk dengan keempat2 kaki terlipat. orang ramai mula rasa pelik macam mana budak ni boleh dudukkan gajah tu,dengan selamber budak tu jawab :

"gajah ni kan gajah jantan,aku jentik je telur dia sampai senak tu yang terduduk tu!!!!"

Rabu, 31 Mac 2010

SEDIKIT MOTIVASI - MENGAPA RAJIN, MENGAPA MALAS

Mengapa seseorang itu menjadi rajin dan mengapa seseorang itu menjadi malas. Malas, menyukai malas adalah salah satu cara untuk terus miskin. Walaupun anda telahpun membina kekayaan, tapi bila malas menyerang dan menguasai-landasan tersebut akan musnah. Jangan sampai ia menyerang. Jika malas menyerang, anda kena bersedia dengan penangkisnya.

Bijaksana berkata, "Walaupun semiskin mana seseorang itu, jika dia rajin berusaha, pasti suatu hari nanti hidupnya akan senang. Walaupun sebodoh mana seseorang itu, jika dia rajin belajar, pasti menjadi pandai suatu hari nanti". Banyak kebenarannya. Kuncinya ialah rajin......


Nanti sambung....nak bersiap pergi Trengganu & Kelantan. 3hb Apr 2010 baru blk Temerloh.

BUKA KOOP SHOOPPE MODAL HANYA RM10K

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuka KOOP SHOOPPE, syaratnya sangat mudah. Modal yang sangat minima.

1. DAFTAR LESEN PERNIAGAAN DENGAN SSM
2. DAFTAR LESEN PERDAGANGAN DENGAN MAJLIS
3. SURAT PERJANJIAN SEWA PREMIS
4. DEPOSIT RM 10 000 KEPADA JIWA REALITI SDN BHD
COMPUTER –LINK TERUS KE JIWA SISTEM
SIGNBOARD
5. ANGKASA AKAN MASUKKAN BARANG RM50,000


MOHON JADI AHLI DAN BOLEH BUAT TEMPAHAN SEKARANG..!!!!

SILA HUBUNGI SAYA:- SARIFUDDIN - 019-9361819

KOOP SHOOPPE

KOOP SHOOPPE adalah sebuah mini market yang ditubuhkan oleh Koperasi Angkasa sendiri dengan menggunakan sistem JIWA. Konsep ala 7-Eleven, tapi bezanya setiap barang yang kita beli dapat bonus. Kita mantain cuma RM300, dan setiap dari kawan2 kita berbelanja kita mendapat bonus. Setiap barang yang mereka beli kita dapat 1.5%....Bayangkan sekiranya terjadi begini:-

Setiap orang berbelanja cuma RM300 dengan membeli produk harian seperti beras, gula, tepung, susu, pampers, ubat gigi dan lain-lain produk.


5 X RM 300 X 1.5% = RM 22.50
25 X RM 300 X 1.5% = RM 112.50
125 X RM 300 X 1.5% = RM 562.50
625 X RM 300 X 1.5% = RM 2,812.50
3125 X RM 300 X 1.5% = RM 14,062.50
15,625 X RM 300 X 1.5% = RM 70,312.50
78,235 X RM 300 X 1.5% = RM 352,057.50

JUMLAH KESELURUHAN = RM 439,951.50


PASTI MELETUP, SETIAP AHLI PASTI BELI BARANG DAPUR.