Rabu, 31 Mac 2010

ENTAH MACAMANA BOLEH JADI PIONEER DI JIWA


Assalamualaikum....

Terimakasih kepada semua teman-teman yang masih setia di JIWA. Habis tentera memang niat tu nak jadikan MLM sebagai platform untuk mencari rezeki. Ramai orang melihat aku ni takde tokoh sebagai leader MLM. Perwatakan agak ganas dalam tentera dulu dibawa dalam bisnes MLM memang susah nak jadi. Secara perlahan-lahan aku ubah sikap dengan selalu bagi senyum kat orang.

ENTAH MACAMANA BOLEH JADI PIONEER DI JIWA. Segalanya bermula setahun yang lalu, pada Mac 2009, aku terjumpa seorang leader MLM berbangsa cina di KL (Michael namanya). Dia bagi tau aku ada satu Syarikat MLM akan buka pada Apr 2009. Dia ajak aku ke Damansara, pergi tengok office dulu katanya. Mulanya taklah minat sangat, sebab produknya ada 3 saja masa tu. Yang paling aku tak suka kena jual sabun, tapi aku tak menolak. Aku bawa balik gambar, plan pemasaran dan bahan-bahan lain yang telah diberikan. Sebelum sampai rumah aku lepak dulu kat Old Town Temerloh, nak pekena teh tarik dan mana tau ada kawan-kawan kat situ.

Haaa...memang ada kawan, balik lambatlah jawabnya. Sembang dengan sahabat MLM yang tak kurang juga hebatnya di Temerloh, BALLANCE nama gelaran (foto di atas). "Ballance aku pegi office MLM yang nak start awal bulan depan ni, ko nak tengok?" aku tanya. "Jen gi ambil plan dia saya tgk" kata ballance. Aku pegilah ambil bagi dia tengok, aku tau Ballance ni memang kalu nak buat MLM dia tgk plan dulu.

"Ok juga ni Jen...tapi takpelah kita tengoklah dulu nanti Companynya macamana".

Tup-Tup....Esoknya ajak pegi KL....Ringkaskan cerita di situlah bermulanya bisnes dengan JIWA.

Aku berterima kasih kepada MICHAEL dengan BALLANCE kerana menggerakkan aku ke JIWA.

Sambung lagi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan