Isnin, 5 April 2010

7 COOP SHOOPPE PADA APR 2010

Assalamualaikum

Coop Shooppe yang telah dilancarkan akan membuka 7 cawangan terbarunya, iaitu di Sg. Petani, Kuala Terengganu, Temerloh, Manjung, Shah Alam, Alor Star, Pulau Pinang.

Rebutlah peluang menjadi ahli dan dapatkan kad setia (loyalty card) anda berbelanja, network anda berbelanja anda dapat bonus.

Beli beras - dapat duit..!!
Beli susu - dapat duit..!!
Beli minyak masak - dapat duit..!!

beli apa saja - dapat duit..!!


KUALA LUMPUR:
Satu kad setia (loyal card) akan dikeluarkan kepada hampir tujuh juta ahli koperasi seluruh negara mulai tahun depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, kad itu akan membolehkan ahli koperasi mendapat rebat setiap kali membuat transaksi perniagaan di premis milik mana-mana koperasi dan sekaligus menggalakkan ahli membeli barangan yang dikeluarkan koperasi.
"Kad itu kini dalam peringkat kemas kini oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa). Hanya satu kad akan dikeluarkan kepada seorang ahli walaupun dia (ahli) menyertai banyak koperasi," katanya kepada pemberita selepas merasmi dan melancarkan produk keluaran Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia Berhad (KKPMB) dan pembiayaan kereta nasional di sini hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, YB Dato’Ismail Sabri berkata, koperasi perlu sentiasa peka dengan perkembangan yang berlaku khususnya dalam sektor ekonomi dan pergerakan teknologi maklumat.
Beliau berkata, koperasi harus berubah dari perniagaan tradisi secara bersemuka antara pembeli dan peniaga kepada perniagaan secara elektronik iaitu menerusi e-dagang seperti yang dilaksanakan Koop Jiwa Shoppe, hasil kerjasama KKPMB dengan syarikat Jiwa Reality Sdn Bhd.
"Ini secara langsung membatalkan peranan orang tengah dan peniaga dapat menjual produk mereka dengan harga yang lebih murah," katanya.
Produk keluaran koperasi itu dijual secara dalam talian bagi mendapatkan pasaran yang lebih meluas.
Beliau berkata, usaha KKPMB itu merupakan titik permulaan untuk mewujudkan sebuah pasar raya besar milik koperasi sepenuhnya seperti yang wujud di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Pengerusi Jiwa Reality Sdn Bhd, Tengku Datuk Sri Kamarul zaman berkata, Koop Jiwa Shoppe pada masa kini memasarkan lebih 300 produk kecantikan, kesihatan dan makanan yang dikeluarkan oleh 25 buah koperasi yang bergabung di bawah KKPMB.
"Kami bercadang untuk menambah 200 lagi produk baru pada 2010 menjadikan jumlah keseluruhan 500," kata Kamarul.
Pada majlis itu juga satu perjanjian persefahaman ditandatangani antara Jiwa Reality Sdn Bhd, DRB Hicom dan Bank Mualamat bagi membolehkan ahli koperasi mendapat pembiayaan mudah tanpa pendahuluan dan kadar faedah serendah 3.6peratus apabila membeli kereta keluaran nasional. – BERNAMA

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1. ANGKASA - bertindak sebagai penggerak, pemudah cara, penggalak dan pendorong dan
koperator dalam menghasilkan dan menentukan produk yang berkualiti.

2. KKPMB – Bertanggungjawab membantu dan mengadakan pasaran dan logistik serta
menjadi penaung kepada program ini.

3. JIWA REALITI SDN BHD - Bertanggungjawab memasarkan produk-produk di dalam dan di
luar negara termasuk ke57 buah negara OIC dan membantu
koperasi-koperasi serta ahli-ahli yang bernaung di
bawahnya menambah pendapatan dengan platform serta skim
yang telah disediakan.

4. Biro Angkasa dan KKPMB
Di bawah Angkasa ada 3886 koperasi dan di bawah KKPMB ada
25 koperasi. Jumlah ahli koperasi adalah lebih kurang 7
juta orang.

5. Chairman - YM Tengku Datuk Seri Kamaruzzaman Ibni Al Marhum Sultan Sir Abu Bakar
(adik bongsu Sultan Pahang) - nama glamor Tengku Intan
6. Presiden - Datuk Eric Yap Yee Hoo
7. Executive Director - Y.M. Tengku Shamsul Bahari bin Y.A.M. Tengku Azman Shah
Alhaj
8. Alamat : Jiwa Realiti Sdn Bhd (840997-U), A-G-16, Merchant Square, Jalan
Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
9. Produk : Kesihatan dan kecantikan.


Sebelum ni ahli koperasi masuk koperasi antara tujuan utama nak buat pinjaman jer.. mungkin dah pencen pun masih bayar hutang tapi mereka tak boleh buat duit, hanya harap dividen.. tapi bila sistem keahlian wujud, dividen akan tinggi sebab mereka akan berbelanja dengan membeli barangan harian daripada Koperasi dan mereka juga bleh jana pendapatan melalui program bisnes ini. Untuk menjayakan program ini, peranan Angkasa amat penting untuk menyatukan koperasi-koperasi di Malaysia di mana ahlinya mencecah 7 juta orang dan 2000 barangan IKS. Sekarang ni Angkasa dah beli bangunan hampir setiap negeri seluruh Malaysia untuk dijadikan stokis ataupun pusat pembelian. Pusat jualan tersebut telah dinamakan "Jiwa Koop Shoppe".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan