Selasa, 13 April 2010

KOPERASI JIWA MALAYSIA BERHAD DENGAN KEUNTUNGAN 5% - 20% (DENGAN SYARAT)


Lawatan Ke Ladang Gaharu

1. Apakah maksud KOJIWA ?

KOJIWA adalah gabungan Koperasi Jiwa Malaysia Berhad dan Syarikat Jiwa Realiti Sdn Bhd, Koperasi Jiwa Malaysia Berhad adalah sebuah Koperasi yang ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan yang berkaitan Pusat Rawatan (Eco-Gym) Pertanian, Perladangan, Hartanah, Ar-rahnu/kedai emas, pinjaman kepada ahli dan lain-lain projek untuk Koperasi serta ahli JIWA. Syarikat Jiwa Realiti Sdn Bhd adalah sebuah Syarikat MLM yang memasarkan produk Kesihatan, kosmetik dan produk runcit keperluan harian yang dibekalkan oleh Konsurtium Koperasi Pengguna Malaysia BERHAD (KKPMB-ANGKASA) melalui "KOOP SHOOPPE". Koperasi dan Syarikat Jiwa telah berdaftar dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan & Koperasi (KPDNK&K).

2. Apakah maksud Pemilikan Projek ?

Peserta atau yang membeli input-input dan keperluan projek KOJIWA dan meletakkan projek tersebut di Projek KOJIWA dan mendapat faedah. Pihak KOJIWA akan menguruskan projek serta perniagaan tersebut sehingga mengeluarkan hasil atau mendapat keuntungan secara keseluruhan projek dan perniagaan. Peserta atau ahli tidak perlu menguruskan projek atau perniagaan tersebut tetapi peserta berhak untuk menikmati pulangan keuntungan projek atau perniagaan mengikut syarat-syarat dan terma yang ditetapkan oleh KOJIWA dari semasa ke semasa.



3. Apakah maksud Penyertaan Projek dan Perniagaan ?

Peserta atau ahli yang membeli input-input dan keperluan projek atau perniagaan daripada KOJIWA dan mereka ingin menjalankan secara usahasama atau menyerahkan kepada KOJIWA.

4. Adakah projek dan perniagaan Koperasi dan Syarikat JIWA menyalahi Undang-undang ?

Seperti yang telah dimaklumkan Koperasi dan Syarikat Jiwa telah mendapat perkenan KPDNK&K sendiri. Koperasi atau syarikat Jiwa yang telah berdaftar bukan seperti syarikat yang mengambil deposit (wang) secara haram. Koperasi dan Syarikat Jiwa menjalankan projek dan perniagaan yang sangat besar bukan sekadar di dalam negara malahan di luar negara. Peserta atau ahli yang ingin menjalankan untuk setiap projek atau membuka perniagaan mini market amat dialu-alukan. Sebaliknya mereka yang tidak mempunyai kawasan tanah, pengetahuan dan masa untuk menguruskan projek dan perniagaan, bolehlah menyertai skim pemilikan projek di mana projek dan perniagaan akan diuruskan oleh pihak syarikat. Di dalam hal ini, syarikat menetapkan anggaran keuntungan yang diterima oleh peserta dan ahli di antara 5%-20% sebulan mengikut syarat-syarat dan terma yang ditetapkan oleh pihak KOJIWA dari semasa ke semasa.

5. Adakah Pulangan atau Agihan Keuntungan yang diberi memadai dan tidak menyalahi Undang-undang ?

Peserta atau ahli berhak untuk menikmati pulangan atau keuntungan dari projek dan perniagaan yang disertai. Sekiranya peserta atau ahli yang mempunyai modal mahu mengusahakan sendiri, kemungkinan mereka boleh memperolehi keuntungan yang lebih atau sebaliknya rendah sekiranya tidak mampu menguruskan projek dengan sebaiknya. Setelah membuat pengiraan ke atas projek dan perniagaan yang dilaksanakan, pihak KOJIWA berkemampuan untuk berkongsi keuntungan pada sekitar 5% - 20% dalam sebulan. Pembayaran akan dibuat bermula pada bulan berikutnya selama 24 bulan dari tarikh penyertaan projek.


6. Apakah keuntungan atau faedah-faedah lain yang boleh diperolahi oleh peserta ?

Polisi Koperasi dan Syarikat JIWA membenarkan peserta bertindak sebagai Ejen Pemasaran untuk membuat pemasaran atau jualan kepada mereka yang berminat. Oleh itu, seharusnya Ejen Pemasaran berhak untuk diberikan Komisen Pemasaran oleh pihak syarikat. Setiap Ejen Pemasaran berhak menikmati Komisyen Pemasaran di Aras 1 (15%-sekali) sehingga ke Aras 2 (5 %-tiap2 bulan), Aras 3 (5 %-tiap2 bulan)dan Aras 4 (5 % - tiap2 bulan). Pemasaran atau jualan bertingkat (4 tingkat) sahaja tidak memerlukan lesen jualan langsung (MLM), namun syarikat mempunyai lesen AJL dan Koperasi bertaraf berhad. Selain dari itu, peserta akan menikamati faedah-faedah lain yang diberikan oleh pihak syarikat seperti Insentif Pemasaran dan lain-lain dari semasa ke semasa.

7. Bagaimana cara-cara untuk menyertai program KOJIWA ?

Anda boleh datang ke pejabat kami atau menghubungi kami di talian 019-9361819 atau Ejen-ejen Pemasaran syarikat. Setelah mendapat penerangan dan memahami program yang dilaksanakan, anda boleh membuat pembayaran kepada pihak syarikat atau Ejen yang dilantik mengikut pakej yang dipilih. ATAU layari www.jiwa2u.com

Sebagai peserta, anda sememangnya dibenarkan untuk membuat lawatan ke Ladang Syarikat. Peserta perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak syarikat dan kos lawatan adalah di atas tanggungan peserta.

9. Berapa lama tempoh penyertaan/pemilikan KOJIWA ?

Tempoh penyertaan dan pemilikkan projek adalah selama 24 bulan dari tarikh penyertaan. Peserta tidak dibenarkan untuk memendekkan tempoh pemilikan projek kerana dikhuatiri akan mengganggu perlaksanaan dan pengurusan projek. . Tempoh pembaharuan ini akan berkuatkuasa selama setahun dari tarikh pembayaran dibuat.

10. Anda ingin bertanyakan soalan-soalan lain berkaitan KOJIWA ?

Sila emailkan pertanyaan anda ke email saya , dan pihak syarikat akan memberikan jawapan dan penjelasan kepada soalan-soalan yang dikemukakan: dinkaya2010@gmail.com
atau contact: 019-9361819

1 ulasan:

  1. salam, boleh take i share gambar2 berkenaan aktiviti di kojiwa ni ke blog i..terimakasih

    BalasPadam